Monday, October 22, 2012

People who had a bad thoughts

 
~Me, Missing in action~ La Tahzan zana,,
 "People are just too much sometimes, they are so full of bad thoughts about others that they can't see even some goodness, they think that they are just an mm away from perfectness that they failed to see that themselves are so darn full of FLAWS, even worst, they are stupider, unwise, and more foolish then the ones that they look down upon. Nowadays is no more a place to judge, ya know, just because you are in ur comfort zone, doesn't mean that the whole world would be with you when u step OUT of your zone. Keluar dari kepompong korang tu, baru korang tau tinggi rendah langit tu. tu pun kalau korang cukup bijak nak ukur ngan apa distance tu kan."
 
Ouh ok, status seorang member kt fb ni telah membuatkan aku berfikir sejenak. Dalam aku berfikir, ada juga yg betulnya. Ia macam ade persamaan dengan kes yang pernah aku hadapi. Selalunya yg terjadi bila ada masalah kecil je pun boleh jadi besar. Kesannya, sampai tak bertegur sapa, hina-menghina, caci-maki ah, kadang2 tu sampai terkeluar semua bahasa kasar dia tu. Susah la kalau ada orang yang suka berfikiran negatif ni. Sekali seseorang tu buat salah yg tak disenggajakan kt dia terus pandang negatif apa2 je yg org tu buat. Ada tu sampai ckp cmni : "don't act like you care when you are not even care at all" lebih  kurang cmtula ayt dia. Tak baek la ckp kt org lain yg nk buat baik kt kita mcm tu walaupun dia pernah buat salah kt kita. As we all know, semua org tak perfect. Pasti ada yg terkurang dan yg melebih-lebih. Oleh itu jgn nk memandai-mandai judge org lain. 
Aku paling pantang bila situasi org yg ikhlas nk minta maaf ni bila sedar dia buat salah tapi di'ignore' oleh org yg dia minta maaf tu. Dahla di'ignore' pastu dituduhnya konon2 nk buat baik la apela. Apekejadahnye? Bila x minta maaf pulak lagi la komen x puas hati lagi. Haih, pelik2 jela manusia zmn sekarang ni. Come on la. Sedangkan nabi pun memaafkan umatnya. Apatah lagi kita yg hanya sebagai hamba Allah ni. Tak payah nk bajet diri tu perfect sgt la x pernah buat salah. Lain kali, sentiasa pikir andaikan diri kita dekat tempat org lain pulak mcm mane. Cuba rasa ape yg org lain rase kt kita dalam situasi ape pon. Dengan cara ni, kita sentiasa ingat yg dri kita ni kerdil je kt mata Allah. Takdela, nk membongkak je kt dunia ni. Astarghfirullahalazim. 

Memang nk memaafkan org tu senang dan ade jugak yg rase mcm sush tapi nk melupakan perbuatannya payah. Tapi, cubalah untuk mengikhlaskan diri anda untuk memaafkan dan barang yg lepas jgn dikenang lagi. Adapun aib seseorang itu Allah jaga kerana sebagai peluang untuk seseorang tu bertaubat membetulkan kesilapannya. Kita semua terikat dalam tali persaudaraan sesama Islam. Saling menyayangi antara satu sama lain dengan menegur kesilapan sesama kita supaya tidak lalai drpd nikmat dan untuk mendapat keredaan Allah. Semua org taraf sama aje tak kira miskin ke kaya ke berpangkat hatta berharta sekalipun. Jangan sampai dgn kelebihan yg kita ada drpd org lain seperti kecantikan, kemewahan harta benda, kesempurnaan, pangkat dan pelbagai bentuk kelebihan sekalipun menjerat diri kita ke dalam lembah kebanggaan diri. Ingatlah, hidup ini umpama roda yg bergerak. Sekali kita di atas dan kadang2 kita pulak kt bawah. Hidup di dunia ni sementara je. Kehidupan yg kekal ialah di akhirat yg kekal abadi. Perbanyakkan amal ibadah di dunia sebagai tiket kita untuk ke syurga. Wallahualam. Semoga kita semua diredhai Allah. Amin  
 
#nota kaki: Kadang-kadang, perkara yg baik kita sukar nampak kerana dikaburi oleh pemikiran yg negatif terhadap seseorang tu. Jgn jadikan medan laman sosial (Fb, Twitter & sebagainya) sebagai tempat meluahkan perasaan sgt kerana ia akan menyebabkan pertelingkahan, pergaduhan dan salah paham org lain. Hurm, ni la bahana tanpa kita sedari. Klu ade ape2 masalah dgn manusia lebih baik selesaikan dgn cara baik face to face dgn org tu & elakkn sebarang fitnah. Pesanan penaja untk dri sndri juge.


 
 
 

No comments: