Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Aidiladha kat umah 09


Pada hari ini, saya dan keluarga telah menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah. Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap-siap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. Dengan takdir tuhan, saya telah dipertemukan dengan seorang kawan saya yang sudah agak lama kami tidak bersua muka. Kegembiraan terukir di wajah masing-masing..Mana taknya, sudah lebh kurang 3 tahun lebih kami x berjumpa. Di hadapan masjid Ar-Raudah lah yg menjadi titik pertemuan yg mengembalikan memori lama sewaktu alam sekolah rendah antara saya dan kawan saya itu.

Sebaik sahaja sampai di rumah, saya membantu ibu menyediakan pelbagai juadah yang sedap-sedap belaka seperti rendang ayam. Walaupun adik-beradik saya bergembira bergelak-tawa begitu juga dengan ibu bapa saya,namun hanya saya seorang yang tidak dapat merasai kegembiraan itu. Mungkin berasa sedih barangkali..Entahla..Malas hendak memikirkannya..Tapi, ada sesuatu yg membelenggu di benak fikiran saya sekarang ini...Ya Allah, tenteramkanlah hati dan jiwa aku ini agar dapat lebih menghayati hari ini dengan lebih bermakna...

No comments: