Tuesday, November 27, 2012

Jangan risau sayang :')

 
Jika kau sedih , bahu aku ada tuk kau sandar
Jika kau rajuk , lawak aku tuk kau selalu ada
Jika kau alpa , aku ada tuk ingatkan kau
Jika kau rindu , ada aku untuk temani kau
Jika aku TIADA , Doakan untuk aku selalu sayang :')

Wednesday, November 21, 2012

Santai . . .

Situasi 1: Berebut Remote TV

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv.
Suami die suke tngk bola... manakala isteri die suka... tengok masak2... 
Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar... 
kejap bola kejap cite masak- masak... 
bunyi tv tu jadi tak menentu mcm ni..

" satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL...
5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE....
daging direbus oleh REFREE sampai empuk.... 
masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk..
BOLA DIBAWA
LALU di rebus separuh masak....
GOAL KEEPER ditusuk jadi sate...
PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "
 
*jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya...
hahaha :D

Monday, November 19, 2012

Nota buat future husband ツ

 
:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
... :♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥
 
# via copy cat ;)

Saturday, November 17, 2012

Ego? make it right in place . . .

Assalamualaikum, selamat pagi semua! :) Well I just wanna to say, ego itu jgn lah ditinggi-tinggikan. Kadang-kadang, disebabkan ego yg melampau pd diri kita menyebabkan mesej yg sgt penting tidak dapat disampaikan dgn cara yg baek dan tepat. Malah, ia jadi disebaliknya. Jadi, ego tu biarlah bertempat ok. Mesti korang rasa macam maruah kita jatuh bila ego kalah kan? Tapi kalau ia untuk perkara yg baek seperti untuk mendapatkan 'adam' dan 'hawa' yg soleh dan solehah dgn niat ikatan perkahwinan ape salahnye kan? Kata nk bahagia, mestila ade pengorbanan. Jgn jadi seorang yg terlampau egois. Kelak, akan memakan diri sendiri. Renung- renungkan :)

The other night dear, as I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms
But when I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and I cried.

[Chorus]
You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away

I'll always love you and make you happy,
If you will only say the same.
But if you leave me and love another,
You'll regret it all some day.

[Chorus]

You told me once, dear, you really loved me
And no one else could come between.
But now you've left me and love another;
You have shattered all of my dreams:

[Chorus]

In all my dreams, dear, you seem to leave me
When I awake my poor heart pains.
So when you come back and make me happy
I'll forgive you dear, I'll take all the blame.

You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away

p/s: Lirik lagu Johny Cash- You are my sunshine

Thursday, November 1, 2012

TV Alhijrah: Kampus Dunia

SELAMAT PAGI DUNIA ! *melapangkan tgn seluas-luasnya atas pncak bukit* :D
bertemu kita sekali lagi dlm segmen, ---------------
"teka-teki teka tekuk, ular mati bawah??= pokok!" haha

p/s: ok, mood agak sedih coz rektor UiTM kitorang nk pindah ke UiTM Johor T.T
baru tau semalam, wish sy supye rektor sila stay! :(
bertuah sape dpt beliau yg baek, peramah, friendly, caring, sporting... 
teringin kowt nk ckp face t face dgn dy tp dlm mimpi jela zana oii :)
sape pulak yg akan gantikan dy ek?? i wonder.....




Sudahla, walau cmne sy merayu pon rektor tetap akan pindah kan! takpe2,
klu ade jodoh, kita pasti jumpe lagi.
Manela tau kan jumpe kt mjlis kahwin sy ke kan.
Tau2 je sy TERkawen dgn ank rektor ke, ahakss
Bhahahahaha. (gelak besar aku)
Muntah sebaldi rektor baca entry aku ni, ish3, tapi klu jodoh ape salahnye kan,
benda baek harus disegerakan x elok bertangguh, hahaha.
eh, sekali semua ank dy perempuan melepas aku, ank dy berapa rmi pon aku x ingt plak, hehe
*cmne kau nk ingt, nme penuh dy pon kdg2 kau bole terlupe, hehe, ketuk pale sndri



Alright, enough wif dat sweet memory, now, arini aku baru terjumpe satu video TV-Al-hijrah. Dulu, aku memang sedia maklum yg UiTM aku iaitu --> UiTM Kuala Pilah, Beting, N9 ade termasuk dlm salah satu shot TV alhijrah ni time program yg membabitkan alam sekitar ni dijalankan (x ingt nme program dy) hehe. Tapi x sangka la pulak terjumpe kt youtube ni. Heee. Muka org yg aku kenal masuk dlm ni la. Ex. Crush aku dlu pon ade(ok ini kasi gempak saje), haha. Bangga pulak aku kan. Wekkk wekkk.

Mari kita saksikan video di bawah ini ye :) 

♪\(*^▽^*)/\(*^▽^*)/

~Sekian. Terima kasih ~
Adios amigos, aku berambus. (^_~) ✿ܓ

Monday, October 22, 2012

People who had a bad thoughts

 
~Me, Missing in action~ La Tahzan zana,,
 "People are just too much sometimes, they are so full of bad thoughts about others that they can't see even some goodness, they think that they are just an mm away from perfectness that they failed to see that themselves are so darn full of FLAWS, even worst, they are stupider, unwise, and more foolish then the ones that they look down upon. Nowadays is no more a place to judge, ya know, just because you are in ur comfort zone, doesn't mean that the whole world would be with you when u step OUT of your zone. Keluar dari kepompong korang tu, baru korang tau tinggi rendah langit tu. tu pun kalau korang cukup bijak nak ukur ngan apa distance tu kan."
 
Ouh ok, status seorang member kt fb ni telah membuatkan aku berfikir sejenak. Dalam aku berfikir, ada juga yg betulnya. Ia macam ade persamaan dengan kes yang pernah aku hadapi. Selalunya yg terjadi bila ada masalah kecil je pun boleh jadi besar. Kesannya, sampai tak bertegur sapa, hina-menghina, caci-maki ah, kadang2 tu sampai terkeluar semua bahasa kasar dia tu. Susah la kalau ada orang yang suka berfikiran negatif ni. Sekali seseorang tu buat salah yg tak disenggajakan kt dia terus pandang negatif apa2 je yg org tu buat. Ada tu sampai ckp cmni : "don't act like you care when you are not even care at all" lebih  kurang cmtula ayt dia. Tak baek la ckp kt org lain yg nk buat baik kt kita mcm tu walaupun dia pernah buat salah kt kita. As we all know, semua org tak perfect. Pasti ada yg terkurang dan yg melebih-lebih. Oleh itu jgn nk memandai-mandai judge org lain. 
Aku paling pantang bila situasi org yg ikhlas nk minta maaf ni bila sedar dia buat salah tapi di'ignore' oleh org yg dia minta maaf tu. Dahla di'ignore' pastu dituduhnya konon2 nk buat baik la apela. Apekejadahnye? Bila x minta maaf pulak lagi la komen x puas hati lagi. Haih, pelik2 jela manusia zmn sekarang ni. Come on la. Sedangkan nabi pun memaafkan umatnya. Apatah lagi kita yg hanya sebagai hamba Allah ni. Tak payah nk bajet diri tu perfect sgt la x pernah buat salah. Lain kali, sentiasa pikir andaikan diri kita dekat tempat org lain pulak mcm mane. Cuba rasa ape yg org lain rase kt kita dalam situasi ape pon. Dengan cara ni, kita sentiasa ingat yg dri kita ni kerdil je kt mata Allah. Takdela, nk membongkak je kt dunia ni. Astarghfirullahalazim. 

Memang nk memaafkan org tu senang dan ade jugak yg rase mcm sush tapi nk melupakan perbuatannya payah. Tapi, cubalah untuk mengikhlaskan diri anda untuk memaafkan dan barang yg lepas jgn dikenang lagi. Adapun aib seseorang itu Allah jaga kerana sebagai peluang untuk seseorang tu bertaubat membetulkan kesilapannya. Kita semua terikat dalam tali persaudaraan sesama Islam. Saling menyayangi antara satu sama lain dengan menegur kesilapan sesama kita supaya tidak lalai drpd nikmat dan untuk mendapat keredaan Allah. Semua org taraf sama aje tak kira miskin ke kaya ke berpangkat hatta berharta sekalipun. Jangan sampai dgn kelebihan yg kita ada drpd org lain seperti kecantikan, kemewahan harta benda, kesempurnaan, pangkat dan pelbagai bentuk kelebihan sekalipun menjerat diri kita ke dalam lembah kebanggaan diri. Ingatlah, hidup ini umpama roda yg bergerak. Sekali kita di atas dan kadang2 kita pulak kt bawah. Hidup di dunia ni sementara je. Kehidupan yg kekal ialah di akhirat yg kekal abadi. Perbanyakkan amal ibadah di dunia sebagai tiket kita untuk ke syurga. Wallahualam. Semoga kita semua diredhai Allah. Amin  
 
#nota kaki: Kadang-kadang, perkara yg baik kita sukar nampak kerana dikaburi oleh pemikiran yg negatif terhadap seseorang tu. Jgn jadikan medan laman sosial (Fb, Twitter & sebagainya) sebagai tempat meluahkan perasaan sgt kerana ia akan menyebabkan pertelingkahan, pergaduhan dan salah paham org lain. Hurm, ni la bahana tanpa kita sedari. Klu ade ape2 masalah dgn manusia lebih baik selesaikan dgn cara baik face to face dgn org tu & elakkn sebarang fitnah. Pesanan penaja untk dri sndri juge.


 
 
 

Sunday, October 21, 2012

Exam timeline ~

p/s: Dalam usaha membasmi segala kuman2 yg ade kt blog ni, aku perlu rajin mengupdate, hehe

Hollaaa uolls  :)

Mende first aku terbaca mase bukak blog ni, tajuk blog member aku ni pasal buffer dy tulis. Perghh, spontan aku teringat subjek chem aku. Apa khabar la exam paper ak tu. Semoga madam bermurah hati dan tenang menanda paper kami. Tehee. Weyhh, paper chm kitorang sem ni susah kowt. Soalan pelik2 je x pernah keluar dlm past year. Pastu byk salah error pulak tu. Soalan yg salah ape cer ni? Nk wat ape lg, aku berserah je semuanya pada Allah. Sesungguhnya, dugaan menjawab paper ni telah aku dan member2 sekalian hadapi dgn penuh kesabaran.

 

Boleh pulak, lect. yg jge exam kitorang tu tanye aku senang ke soalan chm tu?? Apa gaya aku ada rupa mcm org excellent jawab exam ke?? Haha. Tanpa sedar, aku tgh membayangkan rupa aku jawab exam dr sudut pandangan lecturer yg jd pengawas peperiksaan tu. Wuwuwu.
Like this perhaps?---->   ┏(^0^)┛┗(^0^) ┓♪└|∵|┐♪└|∵|┘♪┌|∵|┘♪ HAHA

 

Bagi aku, time study week nk final exam ni la sebenarnya lagi merapatkan hubungan sesama kawan2. Contohnya, macam aku dan housemate aku. Heee. Time ni la, kitorang dapat makan sama-sama, tidur sama-sama, belajar sama-sama, stress sama-sama. Yela, masa terluang bersama-sama sbb xde da jadual kelas yg berlainan waktu yang menyekat pertemuan masing2. Almaklumla kuliah semua dah tamat. Ouh, pesanan penaja nak exam pon beriadah tu jgn dilupakan. :)

Bab belajar sama-sama pulak. Aku paling suka bila dapat praktikkan apa yg kita pelajari. Sem ni, subjek bio kitorang byk belajar pasal alam sekeliling. Contohnya pasal deforestation, biomes, aquatic biomes, jenis-jenis hutan mcm tropical rainforest misalnya. Semua ni kitorang dapat hafal dgn mudah dekat tingkap bilik je. Kebetulan sebelah blok kitorang tu hutan dan duduk pon atas tingkat 5. So, boleh la nmpak alam sekeliling sampai bukit yg gondol tu pon kitorang ley nampak. Ape lagi, dgn kewujudan alam semulajadi kt depan mata senangla nk main teka2. Hehe. Ini la salah satu cara nk mudah mengingat ye kawan2 ^^

Hurmm, bosannya cerita pasal exam. Tau2 je jam nk pukul 2 pagi da. Nk tidola, Daaaaaaaaaa

Dearest Mrs Amin, Mrs Shahrul & Mrs Faiz ,,,

Assalamualaikum to all my beloved friends~

First of all, waaaaaaaaaaaaaaaaahhh, giler bersawang blog aku ni, fuhh2 buang habuk, vacuum sume sawang segala semak samun yg ade. Eh, semak samun? perlu mesin rumput sekali ke?? Aduss, i'm back with my LOLing again. hehe. Serius lame gle x update mende alah ni -------> ok ini ayt biase la yg akan keluar dr mulut aku setiap kali bukak blog, hahaha. Well, currently, I and my freinds sekarang tgh syok bercuti semester lepas da abes azab final exam kitorang, phewww. Alhamdulillah. Semoga kita semua mendapat keputusan yang terbaik bagi diri kita. Amin :)

"Demi... cinta... "ouh ternyanyi pulak lagu fav. housemte aku ni, musliha namenye. kekeke. Tajuk lagu tu aku x bape nk ingt la pulak. Nyanyi je tau, haha. Kalau tak silap aku, lagu ni dlm cite ADAM & HAWA. Mesti korang semua layan kan cite ni :) Erm, sebenarnya, aku nk taip td. Demi... xnk menghampakan member2 aku aka housemate aka mushbubu aka mira aka rommate aku tu bape byk 'aka' daa..yg seringkali menggesa aku supaya rajin2 la update blog ni. Makanya aku update la khas tok tatapan mereka >< (aku dpt instinct bahawasanya aku akan terlebih ckp kt cni. So, senyum tak perlu kata apa-apa :D )



Banyak sgt kenangan PAHIT manis juga terindah sepanjang perkenalan kami. Mari kita merungkai segala misteri ini. Zasssssss~ "eleh, misteri la sgt, ape kau ingt ini cerita hantu ke zana oii! " Ouh sudah2, jgn menyampuk je kejenye. Cerita aku start pon tak lagi ni. haha.   (⌒_⌒)

 •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•  

Masa awal2 aku kenal si iha ni, aku ingtkn dia senior aku rupa-rupanya sama part je ngn aku, hehe. Nmpk tak kematangan kau dctu, hahaha. (kan mak, kan?) XD Roommate aku pulak mira namenye. Aku memang kenal da sbb dulu kitorang serumah & pernah sekelas dulu :) Tapi, bila sebilik memang aku kenal sgt la kan, segala rahsia dia dlm tgn ak je, hehe. "hye mira! " \(^。^ )

Hurmm, tapi sem ni byk ckit kemalangan yg aku alami. Ni semua iha punca! Yes, 10 jari tunjuk kt dy termasukla jari kaki yg bercengkam sekali. HAHAHA. Tak senonoh kau zana. Aku ingt lagi malam kejadian tu. Malam tu kitorang ade jamuan raya blok kt anjung atas. So, semua org get ready la. Yg kitorang ni pulak dok bermesra alam smpai berdrama bagai nk rak kt RT aka ruang tamu. Aku ngn iha la smpai hanger baldi semua naik. Tp, serius la aku ckp. Iha terover ckit time tu. Huhu. Bergurau lebih2 smpai tertolak terkena bucu meja. Mak oiii, sakitnya aku je yg rase. Agak bengkek la aku time tu. Nk marah,, kawan org kata. Makan ketupat rendang malam tu dgn pinggang yg senget- benget. Haishh, tragis je. Walau ape pon yg t'jadi bencana alam antre kitorang, ikatan p'shabatn tu tetap kukuh walau dilanda badai sekalipun--> bak kata org bercintan la kan. (amboi ayt dy mcm cool je) :D

 
"Ya Allah, jagakan mereka, ya Allah" 


Aha! lagi satu aku xkan lupakan kisah nk kenekan mira masa bufday dia. Nk dijadikan cerita, pada malam 10/10/2012 tu. Aku, iha, ira(bdk nk amek exam esoknye) dan mera semuanya ade dlm bilik tu. Aku dgn iha punyela rancak berborak smpai terkeluar topik bufday ni. Ttbe, kitorang t'tnye2 bufday mera ni bila? Bila tanya, mera xnk jwb pulak. Sahla! nk dekat bufday dia tu. Hehehe. Siasat punye siasat smpai rampas sgle bahan bukti (ic, kad matrix, exam slip) makanya bufday mera jatuh pada 11/10. See, tepat jam 12.00 am mlm tu bufday dia la kan. Lu xdpt lari maa. Haha. Punyela kitorang rancang nk kenekan ape kat si mera ni, nk kenekan esok ke mlm tu jugak. Bayangkan dgn si ira yg nk exam pagi esok. Mental abuse kowt dia kene mlm tu. Huhu. "miane ira"   〜(^∇^〜)(〜^∇^)〜

Part paling best bila nk adunkan semua bahan2 rencah khas tok mera ni. Muahahahaha*gelak jahat*. Nk tau ape isi kandungan dia:
-sgle jenis biskut, rempah kari alagapas, muntah kucing, air sampah(ok, unsur tokok tambah pulak ni, hehe)
-kopi nescafe (ni bau dy x tahan maa)
-cereal, nestum, susu cair(part susu ni aku x pasti sama ade da basi ke x? err.. takpe mera yg kene. kikiki)

Hurm, senang cite segle jenis bahan yg kitorng ade tu semua campak sekali la. Aku pon x ingt ape ingredients yg laen lagi. Tapi, yg xley bla nye bila ubat batuk pon dicampur sekali-.-" Motif? nk kasi mera sehat. hahaha. Dgn bedaknye lotion bagai. Yg ni aku pon xtau la ape motifnye. Mungkin untk kejelitaan mera kowt, haha :D Serius gaya masing2 macam witches kacau periuk ajaib je dlm cite kartun >.<

Tak sangka si mera ni punye instinct dy kuat rasa mcm nk terkena je mlm tu. Bole pulak dy yg terjah kitorang dulu then, terus rampas tepung campak kt kitorang. Pe lg, sume lari lintang-pukang masuk bilik kunci. Aku yg baru nk start misi depan pintu bilik ni x pasal2 kene tepung. Dahla kene tepung pastu tgn kene sepit pintu akibat drpd ketakutan melampau oleh member2 laen yg terjah masuk bilik terus bang pintu kunci. Eh, kejap2. Stop it! sekarang sape yg kenekan sape ni sepatutnya??!! Bufday aku da lame lepas la kenape aku yg kene teruk! Sabo jela zana kan. (╥﹏╥)

Kelakar jela kita sume ni. Ntah cmne la si mera pulak yg bole berleluasa kt uma tu. Sape yg perlu takut? Udah terbalik da. Dat moment bila bilik sebelah2 berinteraksi kt tingkap je pastu countdown nk bukak pintu same2 serang mera kt luar bilik nk rampas tepung balek. Aduiii, semput den... Tup2, dayang amek bekas bancuhan campuran bahan2 istimewa td terus campak kt mera masa dia tgh bersihkan tepung kt dlm bilik air     ♪☆\(^0^\) ♪(/^-^)/☆♪

Dipendekkan cerita terus part ending, semua org basah kuyup kecuali quisha yg bajet xnk kotor n ira yg nk exam esok paginya. Lastly, sama-sama bersihkan satu rumah. Aku kesian je kt ira sbb nk amek exam esoknye. Mohon jgn sumpah seranah kitorang. Hehehe  
(。◕‿◕。) 


HAPPY BELATED BUFDAY MERA!  :)

cc: mera, ira, iha :3
 

 

Tuesday, May 22, 2012

Kisah kwn aku pergi klinik kerajaan

#pergi ke KLINIK kerajaan untuk pemeriksaan.. lalu beratur untuk ambil no.giliran...
smpai je kat kaunter dapat solan yg agak general dan genius dari si penjaga kaunter!

soalan yg di ajukan oleh si penjaga kaunter : KENAPA DATANG SINI? NAK BUAT APE NI? (dengan muka masam dan bengis!)

~ouh men.... soalan jenis apakah ini? :O
jawapan pilihan:

A. saya dengar tempat ni terpilih tempat yg popular untuk di lawat tahun ni... jadi saje
nk melawat KLINIK ni..

B. saya dtg sini nak tanya jalan nak ke genting ikot mana ye?

C. sy datang sini sbb nenek saya sihat sangat.. tu yg dtg nak bgtahu doktor berita
gembira ni!
D. sbnarnye saya dtg sini nk cube masakan kat sini...org kate sdap...
#dan aku was like, " ouh... begitu... terima kasih... jumpa lagi! layanan anda hebad! haha" =='
p/s: aku pun dpt layanan x bape nk bagos time kecik2 dulu kt klinik kerajaan ni, heh -.-
 ia harus diperbaiki dan dipertingkatkan lg, sekian. trimas :|

Sunday, May 13, 2012



~**yang menipu itu "DUNIA"

~**yang Dekat itu "KEMATIAN"

~**yang besar itu "HAWA NAFSU"

~**yang berat itu "AMANAH"

~**yang sulit itu "IKHLAS"

~**yang mudah itu "BUAT DOSA"

~**yang susah itu "SABAR"

~**yang berharga itu "IMAN"

~**yang ditunggu ALLAH, adalah "TAUBAT"

Monday, May 7, 2012

Lelaki itu sgt ouwhsem jika dia..

Lelaki yg baek---> Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA

Lelaki yg comel--> Lelaki yg berpakaian baju Melayu  dan menuju ke masjid

Lelaki yg sweet --> Lelaki yg selalu bercakap dengan nada rendah

Lelaki yg romantik ---> Lelaki yg selalu menghadiahkan sebuah doa setiap hari

Lelaki yg charming---> Lelaki yg mengingatkan tentang ibadat

Well, itulah lelaki yang menjadi igauan dan diimpikan ramai wanita. Wasalam, :)



Sunday, April 29, 2012

Situasi yg sgt biasa :D


LOL, korang pernah tak alami situasi mcm ni walau dimana jua anda berada?? 
hehehe. Aku selalu rasa seperti dipandang ble time kuar jln2 ngn member. haha. Iyela kan, bukan sbb ape.
Mungkin sebab aku berjalan sme2 dgn artis kowtt.. aka member2 aku yg hot setap gituu. 
*sengaje nk memerli mereka. bhahahaha.
# aku hanya insan biasa :P 
Tapi dah biasa dan selalu terjadi kowt bila kita asek pandang org tu, then, org tu akan pandang balek kt kita kann. KANTOI sudaaa! haha.
TAHUKAH ANDA setiap org akan ade instinct yg tersendiri, hehe, zassssss :D



BB 9700 FOR SALE  haha... leh bbm di mana sahaja ... kehkehkeh
kuang asam alya kenekan aku aritu. Konon, nk wat promotion kt aku.
Last2, ini yg dye tunjukkan kt aku. pirahhhhh. hahaha, Sengal! XD

Thursday, April 26, 2012

kecik2 da pandai main gitar

 

LOL., aku x cek lg result aku.. HAHA! tunggula nnti bila aku ade mase nk tengok. teeheee :P *aiseymen, nk update blog ade plak mase??Well, alasan jee.. Ngeh3. 
Aku kompem skrg ni sume tgh update status psl result kan? haha. Apekate kita dgr org main gitar? Lagi syokk. Tengokla video kt atas ni. B4 tu, tlg stopkan lgu kt playlist tu ye ;) 
Sebenarnya, aku dok ikut ckp kwn aku tu. Mlm td, kitorang video call. Dia ckp masa plg sesuai nk tgok result time mlm2. Sebab bila rasa sedih result x capai target bole terus tidur n xkan pikir pape da. 
Next moring, maybe you will forget about it. Ulalalalalla


 

Ce tengok video ni pulak. aku plg suka dye main gitar ni. Hua3 :D Time ni, bila sungha jung ni da besar ckit lah. Barulah nmpak tinggi ckit. HAHA. Hurmm,, siyez aku rse nk main gitar gak tp xde gitar dan yg plg kroniknye,----> aku tak reti maen ! ^^V
Berbalik pada cite kwn aku tu. Aku dengan tak sengajenye telah mengikut nasihat dye tu.
Tunggu la mlm nnti ye. hehe (XOX) nooooooooo


trollface XD
p/s: LOL, aku xde keje ke ape ttbe lukis trollface ni kt buku calculus aku nyh, naseb la, hahaha :D

Result ye? Derita masa final tuu..

wuarghh.. skrg da pukul 2 pg tp aku still x tdo lg. Nk jd burung hantu pon bole. hahaha. Well, arini 27/4 - tarikh result final exam kuar ----> kpd bdk2 UiTM lerr.. Tunggu kol 9 pg nnti ramaila yg bukak student portal tgok result. All the best my friends! Aku x larat nk wish semua org. Kedit pon xdok aihh. Sape baek hati tlg la topupkn ye. *xde mknenye org nk topupkn kau! Hehe. So, aku wish kt cni je k. Semoga kita dpt yg terbaekk. Insyaallah. Amin... Ya Rabb.

Cakap psl result aku, xtau la mcm mne nk describe nyh. Complicated ckit nyh. Sesungguhnye, semester ni memberikn aku byk tekanan yg menekan aku smpai aku rase sgt tertekan. *& skrg aku maen tekan2 keyboard ni . Muahahahhaa. Byk sgt konflik aku dlm tempoh ni. Klu cite pun xkan abis lah. Mungkin to be continued?? Ouh, tidakk. Aku x sanggup la nk hadapi dugaan tu lg. Cukuplah sekali. *never let banana fruit 2 time. Harap maaf I use my broken english. Patah seribu hatikuuuuu...fufufuufufufufu

Luaran x menzahirkan dalaman. Kadang2, korang akan nmpk je seseorang tu ketawa padahal dlm ati dye ade penderitaan yg sgt....sgt...err..percayalah kau tak kan paham melainkan kau lah org tu *yg menanggungnye. Betul jugak kata kwn aku tu, "once annoying, forever annoying" kowt kpd org2 yg telah menjelikkan anda. Ingat lg dlu mase skola menengah mak aku pernah ckp: "nnti kt universiti tu lg la kita akan jumpa mcm2 jenis manusia" . Haa..amek kau. Kt cni la kau akan kenal mne 1 kawan dan mne 1 lawan. Pengalaman ni semua akan mematangkan kau dan menjadikan kau manusia yg sgt tabah. Jadi, kau kena KUAT hadapi semua dugaan cabaran walau dmne jua kau berada *sedangkan aku x berdaya lg da nk tempuh semua ni :(


At least, kau kene ade seseorang yg bole support kau dr depan, belakang, kanan, kiri supaya kau xkan mudah mengalah mcm aku (;_;). Kalau berjuang sorang2 memang x dapekla den nk nolong. Siyez, xsmpai tengah jln kau da jatuh. Tekanan jiwa beb. Ikut pengalaman aku la. Tp, ade jugak yg bole survive sorang2. Huh, ko biar betol? Are u serious?? Tabik spring satu! Setakat ni, tak pernah lg la dengar khabar angin. Klu ade, kau sgt.. kinda amazing ok! pfffftttttttt (==')

The pain I felt inside. It's hurt. If you just feel the same thing. So, why not you join me to da club. *angkat kening double jerk . HAHA :D Erkk. *bunyi cengkerik. Apekejadah aku ni? (~o~) Kesimpulannya, aku da malaz nk taip ni. Pnjang mcm karangan. Haha. Yes, masalah tu sntiasa akan dtg dan x pergi2. Hurmm, kronik seyh klu x pergi2. Masalah akan pergi KALAU kita berani berdepan dengan masalah tu. Yeszza, tu baru betul. *i messed it up, sory guys(-_-;) ~nmpk sgt aku memang bermasalah T.T

Motif aku snanye nk ckp, time final exam dulu memang aku byk ditimpa bermacam2 problemo. Dan aku rase mcm otak bagai x berfungsi dgn betul. Dapat bayangkan tak mcm mne aku jwb exam aku?? dgn penuh kesulitan.. Jadi, dengan pantasnya aku membayangkan pelbagai andaian yg buruk psl result tu. Ada ketika aku rse mcm dunia ni x adil sbb aku ditimpa dugaan semasa/sedang/ ketika FINAL EXAM ! Perghh, tension gle. Serabut gle otak aku. Tapi, alhamdulillah, aku x disahkan gila dan didaftarkan kt hospital bahagaia lg.. Sesungguhnya, aku alpa dengan takdir ALLLAH. Ingatlah teman, sgle ujian itu ditimpakan ke atas kamu tanda ALLAH sayangkan kamu dan yakinlah bahawa kamu still dpt handle ujian tu.

Sebaliknya, bersyukurlah kamu kerana ditimpa musibah kerana dengan itu kamu lebih dekat kepada ALLAH. Menangislah jika itu yang mampu buat hatimu tenang, kerana ALLAH kasih pada kita, ALLAH ciptakan air mata. Sesungguhnya, jatuhnya air mata seseorang itu bukan tanda dia lemah, tapi, betapa tabahnya dia menahan suatu dugaan itu.. T.T


 Dengan kesempatan ni, ble semua cbuk nk cek result kan, aku ingin berkongsi kisah aku ni dengan korang. Kepada yg tak berapa nk berjaya jgn mudah putus asa ok! Kerana peluang tu selalu ada cuma kita yg x sedar how close we are to success when we failed. Lagipon aku yakin dan percaya korang semua mampu lakukan yg terbaek! Seandainya korang tahu perasaan aku, what my pain is, time final dlu, Mesti korang xkan percaya yg aku masih lg mampu duduk dlm dewan peperiksaan memegang sebatang pen menjawab soalan exam dengan 1001 mcm rase. Kadang2 rse mcm xde perasaan pon ade. Bukan mksud aku x cuak ke ape nk jwb exam, pasal aku cbuk pkir dgn konflik aku tu. Sadis sungguh (-____-)

Well, selamat maju jaya semua! tahniah kepada dean list! Aku harap aku masih lg berpeluang nk merasai kegembiraan memegang title dekan tu dalam tempoh 4 sem pasni. Kepada yg tak bernasib baik yg tak mencapai matlamat tu, dun wori, aku berjuang bersama2 kalian semua! Aku akan tetap bg skongan dr sebelah kanan anda! *ouh,sy sgt sweet . hehe. Dah tau result tu habaq mai la ye, klu korang senyap je aku assume korang dekan jeee.. untunglaa. huhu. Sama2 kita berdoa ye :P

p/s: something mysterious at my window better stop rite now ('_')
      my frenz said: THINK POSITIVE my dear!!
      this game, YOU ARE THE TRUE WINNER! 
      so, why don't you stand up and take the golden medal? 
      you just never realize how tough you are exactly . . .

Friday, April 20, 2012

Kisah KAWAN dan CINTA

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... 

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Walau kita punya couple, teman still paling setia.. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.
"I'm glad friendship doesn't come with price tags, For  if it does, I'd never afford someone as great as you"
 

Tuesday, April 17, 2012

My dayang is just less fragile ;)

Kehadapan dayang sygku, dengarlah ni khas tok anda :P ouh, wait a minute, pliz kindly stop da music at my playlist first at ur right side to hear dis song ok. Tq~ jgn nges2 yee..hee ^^     
                                                                                                                   

ehem2! very best friend is the one that always be there for you, do support each others. whether in happy or bad moment rite. * oh tolongla, I always with my broken english, haha. pliz dun judge me. hehe. ok back to the topic. Semalam hari aku, hari ini, hari kau pulak kan. I as your friend really kinda understand u. Yela kan, dah dok berkepit dgn kau je 24/7 kan. hehe. Time cuti ni kalau bole nk jumpa gak tapi apekan daya jarak memisahkan kita bagai utara dan selatan. cewah. Dayang Nursyahira--> klasik kan name kwn aku sorang ni. hehe. Sori, I catch you into my story telling. See, anda sgt feymes ok ble suda terkeluar dlm minah ini punye blog entry, haha (Y)

Time cuti2 ni, semua orang yg senasib dgn aku mesti dok pikir nk wat ape kan? Bosan ya amat tahu! Klu anda hanye sekadar berdiam diri shje x lme lg bole memenuhkan Hospital Bahagia tu.(ini over gle) :D Then, kwn aku ni tryla cri keje. Cari punye cari. Dye cari gak kt tmpt keje dye dlu--> PARKSON

Dan2 je dye x dpt keje ctu balek sbb kes kehadiran dye dlu2 tu. Well, people always say that, man still keep repeating their history.. Tkpela dayang, kau cari la kt tmpat laen plak ea, rezeki tu ade je kt mne2 asal kite rajin mencari. X gitu. Kesian kawan aku ni emosional sudaa. Dah dye pun baru tau punca dye xdpt keje ctu sbb tu je. Sedih la. Aku pun tenangkan la dye.

"ouchh, its hurt, but it's okay then, len kli dorang akan menyesal sbb ilang sorang pekerja yg TERhandal mcm ko ni, hehehe ;) " -->terhandal mksud aku sbb kau punye kehadiran dlu sgt handal. hehe

"jantung tadi berdegup tak stabil, haha okay calm down2 dayang. Its okay. Its not a big deal punn :D " 
(bagoslah, akhirnye kau dh ok. chill je! )

~MY DAYANG IS JUST LESS FRAGILE, I KNOW THAT SHE IS STRONG ENOUGH TO SETTLE THIS .. :)
I just have to sit beside her and remind her about that one thing, her courage. Because it just somehow, sometimes, she forget about it. teheee >.<

Monday, April 16, 2012

Tabiat Orang Kita.. ;D

 Kdg2 persoalan ni terjadi tanpa kita sedari.. haha XD
1. Bila org nampak korang tidur tutup mata:
S: Ko tidur ke?
J: x la, ak training mcm mana mau mati..
   
2. Imagine korang bawa tv korang yg rosak pi technician untuk dibaiki n dia masih juga tanya:
S: Mau repair tv ke?
J: Tdk la, sy boring, jadi sy bawa la tv nie pegi jln2..

3. Bila time hujan kwn korang nampak korang kluar, dia tanya:

S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh tdk la,hujan tu yang tunggu ak keluar.

4. Ketika cuti sekolah/universiti korang galas beg besar untuk balik kampung.

S: Ko balik kampung ke?
J: Tidak. Aku nak pergi berkelah, bosanlah belajar disini.

5. Time korang baru bangun tidur, trus si bongok tanya korang:

S: Ko sudah bangun?
J: Ish, aku tidur sambil jalan ahh!

6. Kawan korang call tepon rumah korang:

S: Ko di mana skrg?
J: ada kat rumah kau!

7. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:

S: Ko baru mandi ke?
J: Mana ada, aku jatuh dlm lubang jamban lah!

8. Korang berdiri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:

S: Going up ke?
J: Eh tdk la,aku nak pegi tingkat bawah lagi...

9. Boyfren ko pi rumah ko bawa 1 jambak bunga. And ko masih juga mau tanya dia:

S: Eeeh, bunga ke tu?
J: Tdk la syg! sampahh sarap je nie.

10. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org ketuk pintu n dia tanya:

S: Ada orang kah?
J: (Suara Kiut) xde orang! Taik yang bercakap ni!


*soalan bangang,,jawapan pon mesti lagi bangang...hahahahaaaaaa

Saturday, April 14, 2012

Such A Lovely Story~ MUST READ!

Heart touching,,,
Have a wonderful day guys :)


Pencil: I'm sorry.
Eraser: For what? You didn't do... anything wrong.
Pencil: I'm sorry, you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself and get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true, but I don't really mind. You see, I was made to do this, I was made to help you whenever you do something wrong, even though one day I know I'll be gone. I'm actually happy with my job. So please, stop worrying I hate seeing you sad.

"Our Parents are like the eraser, whereas we children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way they get hurt and become smaller (older and eventually pass on) Take care of your Parents, treat them with kindness and most especially love them." <3 

p/s: No one will ever care for you more than your mom..plus, your family.. For the small fight between you guys lets put it to end. Forgive and forget. Love, care n protect each others. Put aside your pride and be by their side through hard n easy time. Lastly, there will be a very happy ending~  <3

we talk because we care ;)

Monday, April 9, 2012

Adam, Kenalilah Hawa. Tolong!

Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.
Lalu, harus bagaimakah?


Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.




Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.

~share untk renungan kita bersama~

 #copypasteaje

Thursday, April 5, 2012

One moment in time~




Each day I live
I want to be a day to give the best of me
I’m only one, but not alone
My finest day is yet unknown
I broke my heart for every gain
To taste the sweet, I faced the pain
I rise and fall,
Yet through it all this much remains

I want one moment in time
When I’m more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I’m racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel, I will feel eternity



I’ve lived to be the very best
I want it all, no time for less
I’ve laid the plans
Now lay the chance here in my hands



Give me one moment in time
When I’m more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I’m racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel, I will feel eternity

You’re a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I’m more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I’m racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be, I will be, I will be free,
I will be free

#until that moment i'll realize much better .....
  hope, trust, love, sincere, believe, happiness, pain, joy, hate n so on..
  ~give and take what you get,,cherish da moment~

Friday, March 30, 2012

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay :)

ok, skrg tgh kecoh psl berita liyana jasmay kite ni bertunang kan aritu.. So, skrg juz nk share lgu dye ni je, hehe. nk dgr sila stopkn lgu d pnjuru tepi kanan tu ye.~layan~


Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu




then, baru2 ni pun scha da dilamar oleh awal kan,, hurmm.. kwn aku pun da ade yg nk masuk meminang da x lme lg..untunglaa da nk kawen, jgn lupe jemput aku ye..aku tumpang gembira,, mestila gembira sbb dpt mkn free..hehe. aku pulak? ape cite,,,,, ermm...i'm juz all alone 4 dis moment.. wahh, bajet bgos la tuu. puih, haha. maaf2, terkasar bhse, nnti xde sape nk kawen ngn aku..ahakzz.. kuikuikui XD


*ingtn tok dri sndri, hehe :P

Tuesday, March 6, 2012

Pementasan drama penunggu pusaka

Sabtu , 18/2/2012,
8:30 - 11:00 mlm

Bagi melaksanakan projek final exam kami untk subjek HKB112 ni,, kitorang perlu berganding bahu bersama semua ahli member kelab drama HKB112 ni bg membuat 1 pementasan teater / drama. Pementasan ni akan dinilai oleh coach kesaygn kami zizierazak(nme glamour) sebagai markah final exam kami sebnyk 60% dan selebihnye 40% termasukla dlm markah attendance n test b'tulis.. *wow, drama pun ade ujian b'tulis.. untunglaaaaaa ;D

our banner ;)

tentatif program yg direka oleh saya ;)

Dlm melaksanakan suatu pementasan drama ni byk bende baru yg kitorang blaja. Lagi2, aku n krew2 produksi publisiti n promosi : miera n kael. Bab nk promosikn pmentasan kitorg ni supaya sume org dtg tgok tu xdela sush mne setakat nk wat banner, flyer, poster, iklan.. Tp, yg lecehnye nk wat proposal kertas kerja yg b'tulis tu untk mintk sponsor dr uitm sndri or sponsor luar. Perghh, org mlz memg cmni la kan sumenye sush..hehe, pernah la gak rse menyesal gle amek tugas ni.. ble da setel baru rse mcm lega ya amat ! hee..
Naseb baek coach kitorng ni baek ckit nk tumpangkn kitorang g pejabat pos lah g uma YB la sebb nk setelkn surat2 mohon sponsor tu.. hehe ;)

member drama ^^
Di kesempatan ni, aku nk ucapkn ribuan trimas kpd semua barisan krew2 produksi sekalian (iaitu member2 kelab drama sekalian) krne sme2 menjayakan hari penting kite ----> pementasan teater penunggu pusaka

Pengarah : MUHAMMAD FIRDZA AIMAN
Pengurus pentas: NOREEN 
(yg sgt tegas smpai aku nk edit banner pun x bole time latihn drama kitorg tu);p
Pengurus publisiti/promosi: aku, miera n sheqal
Front House Manager: syafiqah , che nur amierah
Penata cahaya: shazwan (abg lighting yg kejenye dok tekan2 suis lampu ) XD
Pereka Set & Props : sahira aziz, haryani
Penata bunyi: khairunnisa. amirah kamisan
Dandanan & Solekan: Saifuldin

bomoh ;D



1 big drama family ^^


jamuan mkn ;)

coach, iqbal, aiman x kesah ;D
dan tidak lupe juge barisan para pelakon drama penunggu pusaka... pheewwiitt2 .. ;p

Nazrul ~ sulung
Aizat aka icat kacak ~ alang
Sheqal ~ Busu
Aishah(kembar sy) ~ Ana
Fathin Syazana ~ Mak Teh
Pie joe ~ bomoh
Dayang ~ Peguam 
Liyana ~ Esah 

smart x lighting kitorang.. hehehe ^^



# sori guys, x dpt nk uploadkn video kitorang,, technical problem... wuwuwu :')


*nota kaki:
kdg2,, err.. memang pun... setiap benda kesulitan yg b'laku pasti ade hikmah d'sebaliknye..

take a short look at our last minute problem: 

~last minit kene tukr lokasi pementasan dr dataran ilmu ke bilik seminar 1,2,3 oleh sebab2 yg x dpt dielakkan dan juge atas tujuan keselamatan ..Hikmahnye, time pementasan berlangsung hujan pulak.. kira nasib baik sbb kitorang dlm tmpat t'tutup. So, xde yg basah2 n everything going smooth n steady. Alhamdulillah.. para penonton yg dtg awl sgt untung sbb dpt mkn popcorn yg besar tu yee.. ;))

*nota buat coach: kasi markah up ckit ea  A+  gituu.. thnx coach ! lap u. muahaha ;p




















Monday, February 20, 2012


Ego dan malu... Ia slalu menghalang kita dari meluahkan perasaan suka,sayang dan rindu kpd seseorg..

OHHH!!



*dayang gedikkk .. hahaha ;D


Thursday, January 26, 2012

ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(kisah benar)

Bismillah .. . . Assalamualaikum,,



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?




Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. 



Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
#renung-renungkan dan selamat beramal ;)